La Trobe MSA

Ramadhan Program September 2008/1429

Posted on: September 8, 2008

Bersempena kedatangan Ramadhan tahun ini, Badan EHSAN menganjurkan
Program Salam Ramadhan. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan
sepanjang bulan yang mulia ini. Antaranya:

1. Majlis berbuka puasa pada setiap Sabtu.
Pada setiap hari Sabtu selama empat minggu sepanjang Ramadhan, majlis
berbuka puasa akan diadakan di Dewan Malaysia. Ayuh beramai-beramai
menjamu selera bersama-sama sambil bersilaturrahim.

2.Solat Tarawikh dan Tazkirah Ramadhan
Solat Tarawikh berjamaah akan diadakan pada setiap hari sepanjang
Ramadhan juga di Dewan Malaysia.

Dan pada setiap sabtu, Solat Tarawikh akan disusuli dengan Tazkirah Ramadhan. Penyampai tazkirah
ialah:
6.9.2008 – Sdr Hasnizul
13.9.2008 – Sdr Muhamad Razak
20.9.2008 – Sdr Hanif Yaacob
27.9.2008 – Ust Khairul

3. Asuhan Ramadhan
Semua warga Muslimin dijemput membawa anak-anak ke program ini di
mana satu modul penghayatan Ramadhan untuk kanak-kanak akan
diperkenalkan. Program akan dijalankan pada sebelah petang sebelum
majlis berbuka puasa pada hari sabtu di Dewan Malaysia. Program hanya
akan diadakan untuk dua minggu sahaja iaitu pada 13.9.2008 dan
20.9.2008.

3. Taqwin Ramadhan
Taqwin/kalendar Ramadhan akan diedarkan kepada seluruh warga pelajar
Muslim Malaysia di Victoria menerusi email. Jangan lepaskan peluang.
Anda cuma perlu mencetaknya sendiri dan menampalkannya di dinding
rumah masing-masing.

4. Sambutan Nuzul Quran dan Tadarrus Quran

Majlis Tadarrus al-Quran akan diadakan pada sebelah petang pada
27 .9.2008 sebelum majlis berbukan puasa. Manakalah Tazkirah Nuzul
Quran akan disampaikan oleh Ust Khairul pada sebelah malam selepada
Tarawikh. Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Dewan Malaysia.

6. Laman Forum Ramadhan Al-Mubarak.
Laman forum interaksi ini bertujuan mewujudkan wadah dan rangkaian
interaksi antara warga pelajar Muslim di Melbourne seterusnya saling
berkongsi pengalaman, pengajaran dan maklumat tentang Ramadhan.
Semoga semua dapat berpartisipasi menerusi ruangan Forum ini dengan
melawati: http://ehsanvictori a.societyforum. net/

7. Bazar Ramadhan
Anda berbakat di dalam menyediakan juadah kuih muih? Sila daftarkan
diri menyertai Bazar Ramadhan yang akan dijalankan pada setiap Sabtu
di tapak letak kereta di Dewan Malaysia. Semua dijemput memeriahkan.
Bagi yang berminat, boleh mendaftar dengan Syaripah Nazirah, email:
syaripahnazirah@ hotmail.com atau telefon: 0421466548

8. Sambutan Aidilfitri.

Solat, sambutan dan jamuan

Aidilfitri tahun ini akan diadakan di Dewan Malaysia. Pelbagai acara
sampingan yang menarik akan dihebahkan dari semasa ke semasa.

9. Tabung Ramadhan
Sekiranya anda ada berniat untuk menyumbang bagi majlis berbuka puasa
kepada para pelajar Muslim di sekitar Melbourne, bolehlah menghubungi
pihak EHSAN. Tabung Ramadhan akan dikelolakan untuk menerima derma
dan sedekah dalam apa juga jumlah untuk digunakan bagi menjamu orang-
orang yang berpuasa. Pahala disisi Allah bagi orang yang berderma
pada bulan Ramadhan amat besar.

Sila ikut perkembangan kegiatan Ramadhan dari masa kesemasa menerusi
ruangan blog : http://www.ehsanvictoria.blogspot.com/

Leave a comment

Contact us

To get our monthly newsletter, or if you simply have a question to ask, just email us at ltumsa@gmail.com
September 2008
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Archives

Categories

Holidays

  • 25 April ANZAC Day
  • 1 May Labour Day (Malaysia)
  • 19 May Wesak Day
  • 7 June Agong's Birthday
  • 9 June Queen's Birthday
  • 31 August Malaysia's National Day
  • 1 & 2 October Hari Raya Aidilfitri
  • 27 October Deepavali
  • 4 November Melbourne Cup Day
  • 8 December Hari Raya Aidiladha
  • 25 December Christmas
  • 29 December Awal Muharram